Kesan Daya Geseran โ€” Baik dan Buruk

Nota mengenai kesan baik dan buruk daya geseran dalam pelbagai situasi kehidupan seharian.

SKTahun 630 Jun 2021

Nota mengenai kesan baik dan buruk daya geseran dalam pelbagai situasi kehidupan seharian.

#daya geseran#kesan#sains

Daya geseran merupakan daya yang terhasil apabila dua permukaan objek bersentuhan. Oleh itu, terdapat beberapa kesan baik dan kesan buruk yang akan timbul. | Situasi | Kebaikan | Keburukan | Geseran antara kasut dan jalan | Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincir | Menyebabkan tapak kasut menjadi haus | Geseran antara perabot (sofa) dengan lantai | Mengelakkan perabot bergerak-gerak apabila digunakan | Menyukarkan perabot yang berat untuk dialihkan ke kedudukan yang baru | Geseran antara brek dengan tayar | Membolehkan basikal dihentikan apabila perlu | Menyebabkan brek haus dan terpaksa ditukar. | Geseran antara kedua tapak tangan apabila digosok | Membolehkan kita memanaskan tangan dan anggota badan yang kesejukan | | Geseran antara batang mancis dengan sisi kotak | Membolehkan api dihasilkan untuk kegunaan manusia | | Geseran antara bola golf dengan padang | | Menyebabkan bola terhenti sebelum masuk ke dalam lubang (pemain tidak mendapat mata) | Geseran antara mata gergaji dengan kayu | | Bunyi bising dihasilkan

Bergantung kepada situasi / keadaan yang dihadapi manusia, daya geseran boleh memberikan kesan yang baik atau kesan yang buruk atau kedua-duanya sekali.

Kembali ke sains