Perkaitan Antara Sistem Dalam Tubuh Manusia

Tubuh manusia terdiri daripada beberapa sistem iaitu sistem rangka, sistem pernafasan, sistem pencernaan dan sistem peredaran darah.

Sistem pernafasan membolehkan oksigen disedut oleh hidung melalui trakea ke peparu. Dari peparu, sistem peredaran darah akan membantu menghantar oksigen ke seluruh tubuh. Selepas anggota badan menggunakan oksigen, karbon dioksida yang terhasil akan dihantar kembali melalui sistem peredaran darah ke peparu untuk dibebaskan.

Sistem peredaran darah mengangkut oksigen kepada sistem pencernaan untuk berfungsi. Sistem pencernaan pula membekalkan nutrien kepada organ seperti jantung supaya dapat berfungsi dengan baik.

Sistem peredaran darah mengangkut oksigen dan nutrien kepada sistem rangka untuk membantu pertumbuhan dan kekuatan tulang. Sistem rangka pula melindungi organ pernfasan dan organ peredaran darah seperti peparu dan jantung.


Sistem dalam tubuh manusia tidak dapat berfungsi secara sendiri. Sekiranya salah satu sistem ini gagal berfungsi, sistem lain akan turut terganggu.

Situasi 1: Tercekik Makanan

Sistem Pencernaan dan Sistem Pernafasan

Apabila tercekik makanan, sistem pencernaan akan terganggu di bahagian esofagus.

Makanan yang terperangkap ini akan menghalang udara memasuki trakea dan akan menyebabkan sistem pernafasan terganggu kerana mangsa sukar bernafas.

Situasi 2: Patah Tulang

Sistem Rangka dan Sistem Peredaran Darah

Tulang yang patah akan menjejaskan sistem rangka.

Pada masa yang sama, tangan akan membengkak kerana pengaliran darah dalam sistem peredaran darah turut terganggu.


Kredit gambar:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *