Kesan Daya Geseran – Kesan Baik dan Kesan Buruk

Daya geseran merupakan daya yang terhasil apabila dua permukaan objek bersentuhan. Oleh itu, terdapat beberapa kesan baik dan kesan buruk yang akan timbul.

SituasiKebaikanKeburukan

Geseran antara kasut dan jalan
Membolehkan kita berjalan tanpa tergelincirMenyebabkan tapak kasut menjadi haus

Geseran antara perabot (sofa) dengan lantai
Mengelakkan perabot bergerak-gerak apabila digunakanMenyukarkan perabot yang berat untuk dialihkan ke kedudukan yang baru

Geseran antara brek dengan tayar
Membolehkan basikal dihentikan apabila perluMenyebabkan brek haus dan terpaksa ditukar.

Geseran antara kedua tapak tangan apabila digosok
Membolehkan kita memanaskan tangan dan anggota badan yang kesejukan

Geseran antara batang mancis dengan sisi kotak
Membolehkan api dihasilkan untuk kegunaan manusia

Geseran antara bola golf dengan padang
Menyebabkan bola terhenti sebelum masuk ke dalam lubang (pemain tidak mendapat mata)

Geseran antara mata gergaji dengan kayu
Bunyi bising dihasilkan

Bergantung kepada situasi / keadaan yang dihadapi manusia, daya geseran boleh memberikan kesan yang baik atau kesan yang buruk atau kedua-duanya sekali.

Kredit gambar:

  • Sofa photo by russelstreet at Flickr

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *