Daya geseran ialah daya yang terhasil apabila dua permukaan bersentuhan antara satu sama lain.
Contoh situasi / tempat berlaku daya geseran:
- Permukaan tapak kasut dengan permukaan jalan
- Permukaan bawah almari dengan permukaan lantai bilik
- Permukaan bola dengan permukaan padang
- Permukaan buah karom dengan permukaan papan karom
Dalam permainan karom, gundu akan dijentik oleh pemain ke arah buah karom untuk memasukkan buah karom ke dalam saku yang terdapat pada penjuru papan karom.
Gundu / buah karom yang dijentik boleh terhenti bergerak kerana terdapat daya geseran antara papan karom dengan buah karom.
Daya geseran sentiasa bergerak berlawanan dengan arah pergerakan objek.
Daya geseran menyebabkan objek bergerak makin perlahan dan akhirnya terhenti.
Faktor Mempengaruhi Daya Geseran
Jenis Permukaan
Dalam permainan karom, tepung ditabur pada permukaan papan karom untuk membolehkan gundu dan buah karom bergerak lebih jauh dan lebih mudah.
Tepung yang ditabur menyebabkan permukaan papan karom menjadi licin. Semakin bertambah licin permukaan papan karom, semakin berkurang daya geseran. Semakin berkurang daya geseran, semakin jauh gundu dan buah karom bergerak.
Semakin bertambah kasar sesuatu permukaan, semakin bertambah daya geseran. Semakin bertambah licin sesuatu permukaan, semakin berkurang daya geseran.
Jisim Objek
Kotak A lebih kecil berbanding kotak B. Oleh itu, jisim (berat) kotak B adalah lebih besar berbanding jisim (berat) kotak A.
Jika orang yang sama disuruh untuk menolak kotak A dan kotak B, kotak B adalah lebih sukar untuk digerakkan.
Daya geseran bertambah apabila jisim (berat objek) bertambah. Apabila jisim objek berkurang, daya geseran juga turut berkurang.
Leave a Reply